SALAM DARI PENGETUA
Tiga bulan telah berlalu. Pelbagai peristiwa suka
dan duka mewarnai halaman SMKSR. Namun, segalanya dapat diharungi dan diatasi dengan kerjasama semua pihak iaitu PIBG, guru-guru,
ibu bapa, penjaga, kakitangan, murid-murid dan masyarakat setempat.
Semoga kebaikan dan kecemerlangan yang kita perolehi akan
terus kekal dan menjadi mercu tanda SMKSR. Dan segala kepahitan yang kita tempuhi akan menjadi tauladan dan sempadan
agar kita mampu menepis segala onak dan duri.
Marilah kita berganding bahu dan berpadu tenaga untuk
memastikan anak-anak kita berjaya, sekolah kita selamat dan impian kita terlaksana.
Tahniah kepada semua warga SMKSR dengan kejayaan kita mencapai 88% dalam
peperiksaan SPM 2004. Tahniah juga untuk jurulatih dan atlit yang menjulang nama SMKSR di peringkat MSSD Johor Bahru.
Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang berjaya mengharumkan nama
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Rahmat tidak kira dari segi kurikulum mahupun ko-kurikulum.
Semoga kejayaan akan terus mewarnai wajah sekolah kita agar "Cemerlang
Menjelang 2007" menjadi kenyataan.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS KEPADA WARGA
SMK SRI RAHMAT.
SEMOGA SENTIASA CEMERLANG DAN GEMILANG.
************************************
SRI RAHMAT NAMA DIBERI
PERUMAHAN TAMPOI NAMA LAMANYA
DOA DAN HARAPAN
SENTIASA BERSEMI
IMPIAN KEJAYAAN TERMAKBUL HENDAKNYA
************************************